Visi yang pergi lebih jauh
Kami mahu melepasi piawaian dagangan dalam talian hari ini, dengan terus menambah baik cara pelanggan berinteraksi dengan pasaran kewangan global. Visi kami ialah membina ekosistem dagangan yang selamat dan telus, yang menyokong pedagang di setiap peringkat pengalaman — dengan pelaksanaan yang boleh dipercayai, platform lanjutan dan harga yang jelas. Dengan gabungan inovasi dan perkhidmatan yang berfokuskan pelanggan, kami mahu beri pengalaman dagangan yang cekap, mudah diakses, dan seiring dengan keperluan komuniti dagangan global yang sentiasa berubah.

Cemerlang, berasaskan kepercayaan
Berlandaskan kepercayaan dan ketelusan, kami mahu beri pengalaman dagangan yang cemerlang — syarat kompetitif, akses pantas dan boleh dipercayai ke pasaran global, plus pilihan instrumen dagangan yang luas. Fokus kami: beri pedagang alatan, fleksibiliti dan keyakinan untuk laksanakan strategi mereka dalam pasaran yang sentiasa bergerak.

Lebih daripada yang anda jangka
Kami terus berkembang.
Sebagai broker global, kami faham setiap orang unik dengan nilai masing-masing — sama ada pedagang atau rakan kongsi.
Apabila pasukan kami membangunkan perkhidmatan syarikat, kami ambil kira perjalanan dagangan dan keperluan pelanggan yang berbeza. Kami tawarkan beberapa jenis akaun dagangan dengan pelbagai instrumen dan spread mentah, supaya setiap orang boleh jumpa yang paling sesuai.











